Thursday 12 April 2012

Contoh Komunikasi...

Dalam kehidupan manusia, komunikasi bukan hanya sekadar bercakap untuk menyampaikan sesuatu mesej. Mesej juga boleh dicipta dan disalurkan melalui pergerakan badan dan simbol-simbol tertentu yang dikenali sebagai komunikasi bukan lisan. Kedua-dua bentuk komunikasi lisan dan bukan lisan dapat meyampaikan mesej tersurat dan mesej tersirat sesuai dengan persekitaran komunikasi. Dengan kemahiran komunikasi ini kita dapat mentafsir keikhlasan, emosi, penampilan diri, kehendak dan kepelbagaian gelagat seseorang.

Semasa berkomunikasi, bukan sahaja kandungan mesej yang dititikberatkan tetapi tidak kurang pentingnya ialah saluran untuk meyampaikan mesej. Komunikasi lisan dan bukan lisan adalah merupakan medium pening khususnya untuk mengumpul, menghantar, dan menginterpretasi matlumat dalam usaha membantu memahami pelbagai fenomena selain dapat membina jaringan sosial dan profesional.


No comments:

Post a Comment