Friday 13 April 2012

..Hobi Saya..

Hobi merupakan sesuatu perkara yang kita suka lakukan sewaktu lapang. Saya percaya setiap orang mempunyai hobi masing-masing. Hobi saya pada waktu lapang ialah mendengar radio. Ramai yang menganggap bahawa mendengar radio ialah sesuatu perkara yang membuang masa kerana hanya mendengar lagu dan tidak dapat melihat apa-apa seperti di televisyen. Bagi saya yang bergelar seorang pelajar mendengar radio dapat membantu saya menangani tekanan setelah seharian otak dalam proses pembelajaran. Mendengar lagu-lagu yang diputarkan di radio dapat menrilekan otak dan juga memberi ketenangan. Bukan hanya mendengar lagu, melalui radio juga kita mendapat info-info semasa tidak kira mengenai isu persekitaran, negara malah dunia. Oleh itu, walaupun ia kedengaran seperti hobi yang biasa dan klise tetapi hakikatnya banyak juga juga input yang boleh didapati melaluinya. Sebagai contoh, siaran radio kegemaran saya ialah Hot Fm. Ada jam-jam siaran radio ke udara terdapat jam yang dikhususkan utk meyampaikan berita semasa, walaupun sekejap tetapi ia memadai untuk kita dari tidak tahu langsung. Terdapat juga segmen muhasabah diri yang dikendalikan oleh Prof Dr Izzi Hj Aliyang sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan. Insyaallah. Renung-renungkan dan selamat beramal...!!!

No comments:

Post a Comment