Wednesday 11 April 2012

Apakah yang Dimaksudkan dengan Komunikasi...???


Komunikasi ialah terjemahan daripada istilah Inggeris iaitu communication. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin communicare yang bermaksud to make common atau mewujudkan persamaan. (Shamsudin, 1993). Manakala menurut De Vito (1978), beliau menyatakan komunikasi ialah proses menghantar dan menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta merta. Berdasarkan definisi ini, De Vito cuba menjelaskan bahawa komunikasi melibatkan sekurang-kurangnya dua peserta yang menghantar  dan menerima mesej sama ada dalam bentuk perkataaan atau isyarat. Mesej yang dikirimkan itu akan memberi kesan kepada penerima dan penerima akan bertindak balas menghantar mesej dalam bentuk maklum balas .
            Sementara itu, menurut Hybels dan Weaver (1995), pula menyatakan komunikasi ialah sebarang proses yang mana manusia berkongsi maklumat , identiti dan perasaan. Definisi Hybels dan Weaver ini lebih menekankan perkongsiaan maklumat maklumat, idea dan perasaan komunikator. Ini adalah kerana semasa komunikasi berlaku, peserta akan menghantar sebarang maklumat, idea dan perasaan mereka lepada orang lain. Maklumat, idea dan perasaan itu akan dikongsi dengan orang lain dan biasanya akan bertindak balas kembali kepada penyampai maklumat tersebut.

No comments:

Post a Comment