Thursday 12 April 2012

..Komunikasi Lisan..

Lazimnya kita menggunakan bahasa yang sama adaa melalui pertuturan ataupun penulisan. Misalnya kita berinteraksi dengan ahli keluarga menggunakan bahasa yang tidak formal tetapi masih menerapkan uunsur-unsur penghormatan dan kasih sayang. Komunikasi lisan secara formal dapat memperlihatkan kematangan, keperibadian, emosi, imej dan status seseorang.

Bahasa merupakan salah satu kaedah yang bersifat naluri untuk menyampaikan mesej, emosi, dan kemahuan melalui simbol-simbol yang dilahirkan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Bloch & Trager (dlm. Asmah Omar, 1969) mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang pertuturan arbitrasi yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakatt untuk berkomunikasi

Umumnya bahasa adalah simbol yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej secara lisan. Oleh itu, komunikasi lisan merupakan pengucapan (penggunaan bahasa dalam bentuk pertuturan dan penulisan) yang disampaikan kepada individu lain dengan tujuan perkongsian makna dalam pelbagai bahasa yang mudah difahami di antara pengirim dengan penerima.

Bahasa adalah satu sistem. Bahasa adalah lengkap, sempurna dan bersifat dinamik. Bahasa terdiri daripada sistem bunyi, sistem makna dan sistem tatabahasa yang diiktiraf.

Bahasa adalah suatu yang abstrak. Dalam konteks ini bahasa dibahagikan kepada dua ciri iaitu :
  1. Denotatif - makna dalam bahasa kamus yang diiktiraf atau makna tersurat
  2. Konotatif - makna yang tersirat
Bahasa pertuturan juga perlu melalui proses pencerapan (mendengar) sebelum sesuatu makna diberi oleh penerima.

No comments:

Post a Comment