Thursday 12 April 2012

..Komunikasi Bukan Lisan..

Komunikasi antara manusia tidak hanya melibatkan pertuturan dan penulisan. Mesej juga boleh disampaikan melalui perlakuan manusia sama ada gerakan anggota badan secara sengaja atau tidak sengaja. 

Terdapat juga kajian yang telah membuktikan bahawa apabila interaksi berlaku secara bersemuka, kurang 10% impak datangnya daripada perkataan yang diucapkan, manakala yang selebihnya adlah mesej bukan lisan.
Komunikasi bukan lisan juga dikenali sebagai komunikasi tanpa perkataan.

Knapp (1972) menyatakan bahawa komunikasi bukan lisan merangkumi 'peristiwa' perkataan yang tidak ditutur atau ditulis. 

Kita juga boleh mentafsir emosi, personaliti, tujuan, keintiman, dan status sosial seseorang melalui komunikasi bukan lisan. Dalam proses interaksi antara manusia , amalan komunikasi bukan lisan dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian sesuatu mesej kerana komunikasi bukan lisan berfungsi sebagai pelengkap kepada komunikasi lisan.

No comments:

Post a Comment